Singapore

Pada hari sabtu yg lalu saya dan beberapa orang kawan saya telah menyertai satu rombongan ke Singapura. Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi dari FAB. Sesampainya di sana kami memulakan lawatan kami ke Esplanade. Kami menaiki bangunan Esplanade yang berbentuk seperti durian dan bergambar dari atas bumbung.


Dari atas Esplanade

Seterusnya kami berjalan ke Merlion yang berdekatan dengan Esplanade untuk melihat Singa putih muntah air.
Selepas itu kami bertolak ke Chinatown untuk membeli belah. Di sana saya turut membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang ke rumah. Selesai di Chinatown kami bertolak ke Arab Street untuk makan, solat dan membeli belah lagi.
Seterusnya kami ke Pulau Sentosa. Di sana kami melawat tempat seperti Palawan Amphitheatre, berjalan-jalan di pantai, naik jambatan gantung, mengelilingi pulau Sentosa, menaiki Luge dan Skyride dan menonton Song of The Sea.


Di Amphitheatre


Pemandangan Pulau Sentosa

Sayangnya kamera digital saya rosak sebelum menaiki Luge/Skyride menyebabkan banyak gambar menarik tidak dapat ditangkap.
Saya sungguh seronok sekali. Saya harap dapat pergi lagi lain kali.

p/s: Cam karangan budak darjah 5 kan?
: Gambar2 lain akan diupload dlm fb, insyaallah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Singapore"

Post a Comment