Oh New Year...

Lagi 56 minit tahun 2010 bakal berakhir & 2011 bakal menjelang pula. So aku nak amik kesempatan untuk update blog yang dah nyawa2 ikan ni sebelum tahun 2010 berakhir.

Bila di 'flash back' balik, banyak jugak memori suka duka kehidupan aku sepanjang tahun ni. Antara yg paling aku x leh lupa adalah tamatnya aku belajar dkt UTM dan mulanya kehidupan berkerjaya aku. Tahun 2010 mcm merupakan satu perubahan kepada aku daripada kehidupan seorang pelajar kepada kehidupan seorang pekerja makan gaji.

Mulakan dengan di UTM dulu, last day merupakan hari paling sedih bagi aku sbb berpisah dengan kawan2 dan juga tiada lagi student life. Then convocation day, antara hari paling bersejarah bagi aku. Segala penat lelah aku selama 4 tahun di UTM terbayar dengan sekeping ijazah yang diterima. Bagi aku, ni juga merupakan hadiah bererti untuk mak & ayah aku atas segala jasa mereka selama ni.

Satu lagi yang aku x leh lupa adalah GOP Hong Kong. Itulah first time aku ke luar negara dan first time jugak aku naik kapal terbang, hihi... GOP Hong Kong jugak macam last aktiviti aku sebagai seorang student UTM.

Then masuk bab kerja. Aku mmg x pernah kerja sebelum ni kalo x kira Latihan Industri la. So first time kerja memang mcm pengalaman baru bagi aku. Rasa macam budak darjah 1 masuk sekolah pun ada gak, cuma x nangis nak balik rumah la. Ingat lagi first day kerja aku baca MASMA dari pagi sampai petang sbb x tau nak buat apa. Sekarang sampai x cukup tangan kerja banyak x siap2 arghh...

Banyak lagi memori 2010 tapi malas nak taip dah. So Good Bye 2010 and Hello 2011.
Azam tahun baru, erm....... eh, aku penah ada azam ke???

Update: Lagi 30 minit sebelum 2010 berakhir....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly




Oh yeah, sbb saya rasa mcm saya telah ditag, jadi saya pun tulis la pasal mende ni( even dah dkt seminggu kena tag, sori eh Cik Diana). Tapi x masuk kot pertandingan tu, just saja suka2 tulis pasal xde lg tulis post pasal convo aritu...

Actually saya pun x de gmbr yg betul2 menarik sgt nak upload dkt sini sebenarnya. Semua gambar biasa2 je. Gambar pegang bunga, gambar dgn parents, gambar dengan kawan2 sekelas, ngan roomate, gambar depan pintu gerbang UTM.... semua yg common je, kira yg orang lain pun ada buat la. X de pun gambar yang kira mmg lain dari yg lain la,yg mmg boom meletup lah...

Tapi apa gunanya buat post ni kalo x de letak gambar betul x, so setelah melihat-lihat pemenangnya adalah (trrrrrrrrr...(itu bunyi drum roll tau)).....




Yaa saya memilih gambar ni. Gambar ni menunjukkan saya ngan 3 orang classmate saya, Mok, Adi ngan Reza yg tengah membaling topi convo. Gambar ni sebenarnya biasa je sbb org lain pun ada buat gak, cuma gambar ni menimbulkan satu persoalan kepada saya.

Persoalannya kenapa 4 orang baling topi convo hanya 2 yang tinggal??? Mana lg 2 topi convo???

(a) Yg lagi 2 baling tinggi sgt, x muat skrin kamera
(b) Tersangkut dkt pokok, bumbung, kapal terbang dan yg seangkatan dgnnya...
(c) Yg lagi 2 org tu sebenarnya x baling apa pun, just gimik jaaa...
(d) Topi tu sebenarnya ter'hide' di sebalik topi yg lg 2 tu
(e) Ditiup angin dan jatuh dkt tmpt lain

Selamat menjawab =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Why Should Girls Marry An Engineer??

Haha I found this through FB one of my friends. Want to share it here. Credits to the original author....

Why you should marry an Engineer Let me tell you why girls should eventually marry an engineer over a Law, Management, Arts or Medical School Graduate. He has three distinct advantages over the rest of the graduates.



Advantage 1: Secure lifestyle

An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.

Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm.

Most management graduates have just failed on their first business plan.

The arts graduate is still looking for a job.

And the medical school graduate is still living in a hospital.



Advantage 2: Unmatchable industriousness

An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.

Unlike the Lawyer who will argue with you.

The Management graduate who will try to control your spending, The Arts graduate who will 'change major'.

And the medical school graduate who will operate on you.

And you know what, it's really so easy to make engineer s believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.



Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust.

Let me first tell you what is wrong with the rest of the others - The lawyers will lie about everything.

Management graduates will cheat your money.

The arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate.

Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that. Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you. plus they r cooler than the others ?



(Jz joking.. don't sue me ok.. hahaha :-P)


source: http://www.mylot.com/w/discussions/515360.aspx


Yay, so girls out there, please marry me hehe =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cerita 20 Ramadhan

Ok, ini sebenarnya semalam punya cerita. Al-kisah lepas aku balik keja, aku terus singgah bazar Ramadhan untuk beli juadah berbuka. Apa yg aku nak citer kat sini pasal 2-3 ekor makhluk ni bernama budak sekolah yang dok main mercun. Yaa, actually aku x kesah hgpa nak main mercun ka, meriam ka, M-16 ka, tapi yg aku kesah depa ni semua pi main mercun dkt bazar ramadhan tu apahal??? Da la depa lempar mercun tu kat tengah2 jalan orang lalu nak pi bazar ramadhan, dibuatnya kena makcik2, pakcik2, budak2, awex2 ka x ke naya?? Ok, fine mmg time korang baling mercun tu x de orang lalu lalang tapi mercun tu bukannya meletup on the spot, dalam 5-10 saat baru meletup. Kalo time tu ada orang lalu dan pijak mercun tu camna?? Dah la main dkt ngan motor aku, dibuatnya meletup motor aku mmg aku tarik hidung sekor2 bawak pi balai. Oh apasal bawak pi balai?? Sbb boleh report terus kasi sumbat dalam lokap, kalo aku tempeleng diaorang, silap2 nanti aku plak yg masuk lokap. Tu, tu padang bola tepi tu punya la luas, pi la baling dekat sana. Hish harap pi sekolah saja, akai dok kat lutut!! (abis la pahala posa aku camni).


Haa tadi citer petang, ni plak citer malamnya. Alkisahnya benda ni terjadi di surau xxx ni la. So mcm tempat2 lain gak, semayang tarawikh secara berjemaah tidak dilupakan. Yang x bestnya condition dekat sini... budak-budak. Apasal ngan budak2 ni?? BISING..... Diaorang ni semua mai surau bukan semayang tapi dok buat bising. Ada yang dok main2 la, bergaduh pun ada, menjerit sana sini. Kalo dok buat bising tu dekat luar surau boleh terima lagi, ni dalam surau, belakang makmum. Suara depa ngan suara tok Imam dah sama naik. Apa yg depa tau, mai surau main, pastu tunggu tok Imam kasi salam rakaat ke-8, pastu lari keluar nak makan moreh. Heran jugak aku parent depa ni x pernah nak tegur ke hapa?? Benda ni berlaku tiap2 malam. Bkn x de orang tegur, tapi mcm x mkn saman budak2 ni semua.
Dan semalam satu sejarah terlakar. As usual bising, bising dan bising. Pastu sorang pakcik ni memang dah lama tahan sabar kot. Dia pegi belakang dan, "KELUAR!!!". Di halau semua budak2 ni cakap kalo nak buat bising pi keluar. Ahaha padan muka korang, pastu memang terasa aman damai. Oh, agaknya ni lah erti kemerdekaan kot....

p/s: Selamat Hari Merdeka Malaysiaku Sayang.

p/s/s: Hujan turun x henti2 dari tadi, mcm mana nak beli utk buka nanti??Berbuka ngan air kosong je la kot.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keja oh keja

Assalamualaikum para pembaca budiman semua (ada org baca ke???)
Hurm lama jugak aku menghilangkan diri noo. Ntahla aku sebenarnya malas nak update blog ni, tapi nak delete pun sayang.
Orait status skrg mmg aku da keja. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berusaha akhirnya rezeki aku mai gak, berkat bulan ramadhan. Bila diingatkan balik, mmg susah gak aku nak dapat keja, byk jgk interview yg dah pi tapi x lekat satu pun. Bila baca dlm fb, kawan2 aku ramai yg da dpt keja, tertekan gak aku. Ada yg x tau nak pilih offer mana la, ada yg complain malas nk keja la, siap ada yg amik gambar time keja lg. Sila maklum aku x dengki ngan sapa2 pun ok, cuma aku jeles. Selalunya mak akulah tempat aku mengadu bila terkenangkan nasib aku ni, dan mak aku x penah jemu bagi semangat dkt aku.
Dan skrg inilah dia, terlempar aku di PJ, menongkah arus LDP setiap hari ke lubuk rezeki. Alhamdulillah, aku suka ngan tempat keja aku ni. Staffnya sgt ramah dan mengambil berat terhadap aku especially Miss Leong yg asyik tanya aku ok ke x keja kt sini. X lupa gak brader Nizam & Faris yg slalu bagi tunjuk ajar dkt aku. Trimas semua....
Tiada lagi masa utk tidur lepas subuh, tiada lagi masa utk main pc game, just focus on your work.

"Goodbye halcyon day"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Treasure Island

Tak, ini bukan treasure isle dalam facebook, bukan juga treasure mencari harta karun. Ini kisah mencari money changer di Penang. Nk tukar duet Hong Kong utk GOP yg akan datang ni. Kiranya tresure = duet Hong Kong, island = Penang la..

Di mainland pun sebenarnya ada money changer tapi semua x dak duit kecik, yg ada hanya 500 HKD saje. Utk pengetahuan, 100 HKD = RM 42.
So aku try di Penang Island plak. Sasaran along Beach Street ngan Jalan Masjid Kapitan Keling, sana byk money changer. Mulanya nk naik moto sampai ke Penang Island tapi kensel sbb susah nk parking, so parking dkt Penang Sentral je and jalan kaki naik feri. Tunggu feri plak cam tut, dekat setengah jam dok melangut saja.






Gambar masa dalam feri

Sampai sana terus aku ke lokasi pertama, Beach Street. Kedai pertama, 100 HKD = RM 43, blacklist. Kedai kedua 100 HKD = RM 42, tapi x dak duet kecik, kedai ketiga sama gak x dak duet kecik......Dari hujung ke hujung Beach Street aku jalan, ada dlm lima kedai aku tanya last2 ada gak satu kedai yg ada duet kecik tapi x byk sgt. Erm boleh la, nk survey dkt Jalan Masjid Kapitan Keling x jadi sbb aku dah penat jalan tgh panas. Nyesal plak x bwk moto mai sini. Lps tukar, jumpa ngan abang aku yg keja dkt office along jalan tu gak, makan ngan dia skali. Sebelum balik, singgah dekat Tanjung City Marina jap, amik gambar...




Spotted Star Cruise Pisces, bila la bley naik kapai camni...


Lorh, x penah tau plak ada sevice rent basikal ni...


"Digunapakai dari I-beam di 'Church Street Pier' yang telah dibina pada sekitar tahun 1897. Sebahagian daripadanya berfungsi untuk menyokong struktur pelantar dan tiang utama pengkalan. Bagi mengekalkan struktur I-beam tersebut, ianya telah dipulihara dan digunapakai dalam merekabentuk sebuah arca yang berunsurkan pergerakan pusaran dan gelombang ombak rendah dan tinggi. Manakala konsep warnanya adalah merujuk kepada warna asal I-beam tersebut yang berwarna biru."


Ni lah arcanya....


Dalam bagaikan lambang dibuat oleh alien....


Impian nk beli kapal layar sebijik dan berlayar keliling dunia ngan orang tersayang, mampukah?? Insyaallah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jamuan perpisahan

Lama suda x update blog...
Ok let's make this brief as I still have one last paper, so need to study

Jamuan perpisahan kelas aku, mkn steamboat dkt Rawa restaurant. Almost satu kelas pi naik keta. Konvoi dari utm ke restoran, hujan masa on the way. Dalam hati aku, hujan ni bagaikan menangisi perpisahan yg bakal terjadi, celemek!!!!
Keta ada dlm 8 ke 10 bijik camtu kot, berbaris-baris da mcm keretapi plak haha. Tapi masuk ja highway semua hilang tah ke mana. Aku naik keta Adi ngan Ciky & Mok. Semua x tau tempat dkt mana. 3 kali terlepas simpang sebelum sampai ke restoran tu.
Sampai2 terus mkn. Aku da la first time mkn steamboat, pastu pelik tgk diaorang main hambik je apa pun. Camna tokey kedai ni nk kira nanti? Rupanya cam mkn bufet, bayar RM18 tibai la apa pun. It's worth ok.
Oh mmg puas mkn. Pastu tgkp gambar ngan classmate semua. Wuu sedih la plak nk tinggalkan korang semua. Dulu x penah rasa camni tapi bila da last-last baru la timbul perasan sayang dkt korang semua huhu. Mmg betul la orang kata, kita x penah hargai sesuatu sampai la bila kita dah kehilangan benda tu.
Harap2 kita still keep in touch dan bila2 buat lagi gathering camni, insyaallah.

p/s: Aku sayang classmate aku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

BBQ + Mandi Laut

Semalam aku dan classmate aku ke Tanjung Balau. Disebabkan ni last sem, so ni mcm aktiviti terakhir bersama classmate sebelum berpisah la (huhuhu...). Kami pegi 4 keta semua skali. Bertolak dlm pukul 8.30 am dan kami sampai dlm pukul 10.30 am camtu la.
First aktiviti bila sampai buat bara api untuk BBQ. Then panggang apa yg patut. Cuaca tak brapa mengizinkan mulanya, hujan renyai2 ditambah ngan angin kuat tapi BBQ tetap dijalankan even hujan. Then makan... Menu: nasi goreng + bihun goreng + ayam cruncy + sosej + ikan. Lepas tu aktiviti pantai plak : mandi laut + main bola + main baling2 bola pasir + main pepsi cola + tanam Miza.....
Sebelum balik singgah rumah Lin plak, dijamu ngan Bakso. First time makan Bakso, yummy, yummy.
p/s: Gambar akan dimuat naik dlm laman sesawang mukabuku saya, insyaallah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Maafkan aku....

Maafkan aku, kerna meninggalkan mu....
Maafkan aku, kerna jarang menjenguk mu....
Maafkan aku, kerna membiarkan kau seorang diri....

Ku tahu, kau selalu menanti ku....
Ku tahu, kau mencari-cari di mana aku....
Ku tahu, kau setia menunggu ku....

Kini aku kembali....
Membawa perubahan baru....
Ku kembali bersama mu....

......Oh blog.....

----Akhirnya terupdate jugak kau----

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Singapore

Pada hari sabtu yg lalu saya dan beberapa orang kawan saya telah menyertai satu rombongan ke Singapura. Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi dari FAB. Sesampainya di sana kami memulakan lawatan kami ke Esplanade. Kami menaiki bangunan Esplanade yang berbentuk seperti durian dan bergambar dari atas bumbung.


Dari atas Esplanade

Seterusnya kami berjalan ke Merlion yang berdekatan dengan Esplanade untuk melihat Singa putih muntah air.
Selepas itu kami bertolak ke Chinatown untuk membeli belah. Di sana saya turut membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang ke rumah. Selesai di Chinatown kami bertolak ke Arab Street untuk makan, solat dan membeli belah lagi.
Seterusnya kami ke Pulau Sentosa. Di sana kami melawat tempat seperti Palawan Amphitheatre, berjalan-jalan di pantai, naik jambatan gantung, mengelilingi pulau Sentosa, menaiki Luge dan Skyride dan menonton Song of The Sea.


Di Amphitheatre


Pemandangan Pulau Sentosa

Sayangnya kamera digital saya rosak sebelum menaiki Luge/Skyride menyebabkan banyak gambar menarik tidak dapat ditangkap.
Saya sungguh seronok sekali. Saya harap dapat pergi lagi lain kali.

p/s: Cam karangan budak darjah 5 kan?
: Gambar2 lain akan diupload dlm fb, insyaallah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

I want to go back....

"Damn it, why at time like this?? Now I'm really want to go back"
That's what I post in my facebook status just now. Why???
It's because of that 'thing'.
What's that 'thing'??? Erm it's hard to describe but it's something that can give happiness to me in my current super boring state now. Ergh I really want to go back for that 'thing'.
Thinking back why my emotion just shaken by something like that??
Arghh sabar2, sebulan lebih je lagi nk balik so just enjoy your last sem in here with good memorable memory, right?
Time to sleep. I wish I dream that 'thing' tonight or when I wake up tomorrow I'm already at home haha.....Is it possible??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS