Oh New Year...

Lagi 56 minit tahun 2010 bakal berakhir & 2011 bakal menjelang pula. So aku nak amik kesempatan untuk update blog yang dah nyawa2 ikan ni sebelum tahun 2010 berakhir.

Bila di 'flash back' balik, banyak jugak memori suka duka kehidupan aku sepanjang tahun ni. Antara yg paling aku x leh lupa adalah tamatnya aku belajar dkt UTM dan mulanya kehidupan berkerjaya aku. Tahun 2010 mcm merupakan satu perubahan kepada aku daripada kehidupan seorang pelajar kepada kehidupan seorang pekerja makan gaji.

Mulakan dengan di UTM dulu, last day merupakan hari paling sedih bagi aku sbb berpisah dengan kawan2 dan juga tiada lagi student life. Then convocation day, antara hari paling bersejarah bagi aku. Segala penat lelah aku selama 4 tahun di UTM terbayar dengan sekeping ijazah yang diterima. Bagi aku, ni juga merupakan hadiah bererti untuk mak & ayah aku atas segala jasa mereka selama ni.

Satu lagi yang aku x leh lupa adalah GOP Hong Kong. Itulah first time aku ke luar negara dan first time jugak aku naik kapal terbang, hihi... GOP Hong Kong jugak macam last aktiviti aku sebagai seorang student UTM.

Then masuk bab kerja. Aku mmg x pernah kerja sebelum ni kalo x kira Latihan Industri la. So first time kerja memang mcm pengalaman baru bagi aku. Rasa macam budak darjah 1 masuk sekolah pun ada gak, cuma x nangis nak balik rumah la. Ingat lagi first day kerja aku baca MASMA dari pagi sampai petang sbb x tau nak buat apa. Sekarang sampai x cukup tangan kerja banyak x siap2 arghh...

Banyak lagi memori 2010 tapi malas nak taip dah. So Good Bye 2010 and Hello 2011.
Azam tahun baru, erm....... eh, aku penah ada azam ke???

Update: Lagi 30 minit sebelum 2010 berakhir....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Oh New Year..."

Post a Comment