First day

Pagi tadi aku bangun pukul 5. Hujan turun dengan lebatnya. Dah dua hari hujan turun siang malam. Hati aku dah mula bimbang. "Isk camner nak pegi LI ni?Takkan first day aku dah buat hal sampai lewat". Aku mula mempersoalkan itu dan ini, kenapa mcm ni,kenapa mcm tu?Kenapa aku diuji??
Tiba2 mata aku tertumpu dkt satu perkataan di pembalut roti Gardenia
Belief in God.
Its our National Principal or Rukun Negara!!
Aku mula tersedar dan Istigfar. Hujan tu kan rahmat Allah. Kenapa aku nak mempersoalkan pulak?
Aku terus bersiap dan Alhamdulillah time aku nak pegi hujan sereyat dan aku selamat sampai di pejabat pada waktunya. Syukur Alhamdulillah.....

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat; dan dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim, dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

(Q.S. Luqman : 34)

Demi, sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan satu (ujian), iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang sabar (atas ujian itu)
(Q.S. Al-Baqarah: 155)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "First day"

  1. AnneAnne says:
    May 11, 2009 at 3:52 PM

    bgsnye najib sedar gitu.
    yana ni yg rahmat byk gile turun kat yana pun tak reti nak bersyukur lagi.
    Thanks najib!
    buat yana sedar sikit.
    (^.^)

  2. bijan87 says:
    May 11, 2009 at 11:03 PM

    ur welcome =D
    marilah kita saling ingat mengingati
    sesungguhnya manusia itu mudah lupa
    alamak cam dah ceramah agama la plak!
    3.52PM, waa jelesnya time keje pun leh surf tenet ek

Post a Comment