Kenapa aku letih bekerja?

Haha... apa yg aku akan cerita kat bwh ni aku amik dari e-mail yg aku slalu dpt dari kak ngan abang aku. Owh aku x de idea nak tulis apa so aku kongsi la e-mail2 yg aku dapat.
Tajuknya: KENAPA AKU LETIH BEKERJA....

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang
tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan
tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku
(the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai
beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan
bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta
orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1..3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,
sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan
yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera
darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam
hutan...
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur
dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS,
orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja
dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan
sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak
kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan
ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat
1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di
seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk
depan komputer, main internet, main games, reading
jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja
langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja
dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk
kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian
Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian
Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Kenapa aku letih bekerja?"

Post a Comment